Pergerakan bermula pada hari sabtu. Berkumpul di mess pegawai kadet pada jam 0800. Start pada tu juga, bermula loading basikal. Tayar bergolek lebih kurang dalam pukul 0900.
Tiba di bandar Port Dickson lebih kurang dalam pukul 1230. Kitaorang terus pergi ambik race kit di The Grand Beach Resort, Port Dickson. Dan di situ juga, kami membeli powergel, protein dan lain lain.
Setelah selesai semua urusan, kitaorang terus ke homestay. Nama homestay lupa pula tapi berdekatan dengan Kampung Baru Si Rusa.
Pada jam 1600, ambik basikal dan terus ke pantai PD untuk menikmati keindahan pantai PD. Sambil-sambil tu, sempat lah menikmati ABC Gunung Jerai yang berharga RM5.00
Azan asar berkumandang, kami terus pulang ke homestay untuk berehat dan bersiap untuk dinner pada malam tersebut.
2 Ogos 2015, 0700
Flight off bagi kategori Sprint Duathlon. Kategori yang disertai oleh aku. Ini first time aku melakukan duathlon. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Dan aku berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 23 daripada 313 peserta.
Sekian sahaja cerita pada kali ini. Byebye, see you later.





No comments:
Post a Comment