Saturday, 9 May 2015

Kejohanan Futsal KRT P11F/3 & P11F/18

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua ibu terutamanya ibu saya Pn Habsah Binti Md Ishak. 
Pada kali ini aku nak berkongsi pengalaman join game futsal KRT area taman perumahan aku ni. Ini cerita malam semalam.
Yang organise game ni adik aku sendiri iaitu Bob. Bob telah lantik aku menjadi ketua pasukan untuk pasukan Ultron. Fuh, banggalah sekejab.
Game pertama, pasukan aku bertemu dengan team Papazola, yang diketuai oleh abang aku sendiri iaitu Yotoyol.
Alhamdulillah pasukan aku menang dengan 1-0. Dapat 3 mata penuh. Aku score. Hehehe
Untuk game second, kami berentap dengan pasukan Budak Keramat yang diketuai oleh kawan aku, Topek. Seperti mengulangi skrip sebelum ini, pasukan aku memperolehi 3 mata dengan jaringan 1-0. Aku score lagi. huhu
For the last game, kami bertemu dengan pasukan papa-papa iaitu Gold Star. Dan akhirnya setelah berentap kami memperolehi 3 mata dengan jaringan yang sama iaitu 1-0. Kali ni, bukan aku yang score.
Alhamdulillah. Kami menjadi juara untuk pertandingan itu. Kami membawa pulang medal, hamper dan piala pusingan.




Tuesday, 5 May 2015

Pulau Perhentian

Hai. Assalamualaikum. Di sini aku nak cerita sikit pengalaman aku bercuti di Pulau Perhentian bersama dengan rakan rakan aku. Masing masing semua merupakan alumni Septech. ceh alumni bhai. 

30/4/2015
Aku dapat keluar dari upnm pukul 7 malam. Ye lah pas cuti aku pun tulis pukul 5 petang. Nak tunggu bas bagai tu yang jadi lambat tu keluar dari upnm. Sampai di rumah dalam pukul 8.30 malam gitu. Siap siap kan barang and dalam pukul 10.00 malam aku gerak ke Seksyen 15, Bangi untuk ambil Pecal dan Arm. So dalam pukul 11.30 malam macamtu baru kitaorang gerak ke Tol Gombak. Ye lah nak jumpa kat sana. Geng Shah Alam dah sampai sana dah. 

1/5/2015
Sampai tol dalam pukul 12.30 malam gitu dan berehat lah sebentar di sana. Dan hadi join naik kereta aku. Pukul 1.10 Pagi baru kitaorang gerak ke Pulau Perhentian. Hehe. Dengan rombongan seramai 11 orang menaiki 3 kereta. 

So kami sampai di RnR Gambang dalam pukul 5.30 pagi alang-alang tu tunggu lah azan subuh berkumandang. Selesai solat subuh, makan dan rehat, kitaorng terus bergerak ke jeti Kuala Besut.

 
so, kitaorng sampai di jeti kuala besut dalam pukul 11.30 pagi. Agak penat lah juga. Jauh juga rupanya. Kitaorang parking di Safe Park. Untuk parking, RM 10 untuk satu hari. Dan kitaorang pown tempah lah bot siap siap kat situ. Untuk bot RM70 for one person pergi dan balik.


Kitaorang sampai di Long Beach, Pulau Perhentian Kecil dalam pukul 2 petang. Dengan tak tempah chalet, kitaorang main redah je. Nasib baiklah sempat jumpa satu chalet di Tropicana. kira okay lah tempat utk berteduh. Untuk chalet seorang RM55 bagi 3 hari 2 Malam.


Sampai bilik, apa lagi tido lah. Hehe. Tido kejap je. Kitaorang pown mandi, solat dan petang tu, mandi pantai yang bersihnya yang amat bersih.


Untuk malamnya, kitaorang lepak kat kedai makan. Nak cakap pasal makan ni, mahal sangat. So sebab lapar, beli je lah. Dalam kesejukan malam, di tepi pantai, sedap tak terkata. You should try.

2/5/2015
Pagi ni semua bangun dengan semangat utk snorkeling. Kitaorang sampai di pantai pada pukul 10.00 pagi. kitaorang book utk snorkeling pada pukul 2.00 petang. sementara menunggu utk snorkeling, kitaorang main banana boat dulu. Untuk banana boat, seorang dikira RM 25. Lepas main banana boat, kita main bola dulu.



Dan tiba lah masanya untuk snorkeling. Untuk snorkeling seorang dikira RM40 untuk short trip. Ada 4 point iaitu Turtle Point, Shark Point, Choral Point dan Kampung Nelayan.

untuk sebelah malam pula, kitaorang lepak shisha di tepi pantai. Layan lah juga shisha dia. Untuk shisha, satu balang RM20.

3/5/2015
So today is the last day. kitaorang dah nak balik dah. Naik bot untuk ke jeti dalam pukul 11.00 pagi. Kitaorang sampai di jeti lebih kurang pukul 11.45 pagi. And then terus pulang ke rumah masing masing. Sebelum tu kitaorang hantar syafiqun di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kemaman. Di kemaman sempat lah merasa sata sikit.

Aku sampai di rumah dalam pukul 5.00 pagi. Total kos untuk minyak pergi dan balik adalah RM180 dan untuk tol RM60.