Saturday, 13 June 2015

Lawatan LKU ke Kuantan

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Lama dah rasanya tak update blog. Bukan apa, busy sikit. Kali ni aku nak ceritakan sikit pengalaman aku mengikuti lawatan Latihan Ketenteraan Umum atau LKU ke Kuantan. Tempat yang kami tuju adalah Mawilla 1, Pengkalan Udara Kuantan dan Deftech, Pekan.

Pada 8 Jun 2015 iaitu hari isnin, kami bertolak pada pukul 0900 dari UPNM. Kami tiba di destinasinya iaitu Mawilla 1 pada pukul 1230 pada hari yang sama. Setibanya kami disana, kami diberi taklimat oleh pegawai di sana. Setelah selesai mendengar taklimat, kami diberi peluang untuk melawat kapal yang berlabuh di situ iaitu KD Pahang, KD Handalan, KD Perkasa dan KD Ganyang. Seriously, best giler naik kapal. 



Lawatan kami tamat lebih kurang dalam pukul 1630. So kami terus bergerak ke penginapan kami iaitu di IIUM Kuantan. Kami tiba di tempat penginapan lebih kurang dalam pukul 1815. So malamnya adalah rest time. Masing-masing tidur awal pada malamnya.

9 Jun 2015. 0800 kami mula bertolak ke Pengkalan Udara Kuantan. Kami tiba disana lebih kurang dalam pukul 0845. So macam biasalah, bila tiba je, kami akan mendengar taklimat daripada pegawai di sana. Selesai mendengar taklimat, kami diberi peluang untuk melihat pesawat yg beroperasi di sana. 


Pada pukul 1130, kami mula bertolak ke Deftech, Pekan. Deftech adalah tempat di mana penghasilan kereta kebal, 3 tan dan bermacam lagi pengangkutan tentera. Selain itu, Deftech juga terlibat dengan penghasilan dalam bidang komersial iaitu Bas Rapid KL.


Lawatan kami di Deftech tamat dalam pukul 1600. Kemudian, kami pulang kembali ke IIUM Kuantan untuk bersiap bagi majlis pada malam hari.

Majlis makan malam tu, aku tak tahu nak describe apa. Tapi apa pon, sumpah best majlis tu. Kita payung gambar je lah eh.



10 Jun 2015. hari ini adalah hari terakhir kami di Kuantan. So, kami berpesta di Gambang Waterpark. 


Setelah selesai mandi manda, kami semua pulang ke UPNM. Kami tiba di UPNM dalam pukul 1800. Sekian, terima kasih.