Pada kali ini aku nak berkongsi pengalaman join game futsal KRT area taman perumahan aku ni. Ini cerita malam semalam.
Yang organise game ni adik aku sendiri iaitu Bob. Bob telah lantik aku menjadi ketua pasukan untuk pasukan Ultron. Fuh, banggalah sekejab.
Game pertama, pasukan aku bertemu dengan team Papazola, yang diketuai oleh abang aku sendiri iaitu Yotoyol.
Alhamdulillah pasukan aku menang dengan 1-0. Dapat 3 mata penuh. Aku score. Hehehe
Untuk game second, kami berentap dengan pasukan Budak Keramat yang diketuai oleh kawan aku, Topek. Seperti mengulangi skrip sebelum ini, pasukan aku memperolehi 3 mata dengan jaringan 1-0. Aku score lagi. huhu
For the last game, kami bertemu dengan pasukan papa-papa iaitu Gold Star. Dan akhirnya setelah berentap kami memperolehi 3 mata dengan jaringan yang sama iaitu 1-0. Kali ni, bukan aku yang score.
Alhamdulillah. Kami menjadi juara untuk pertandingan itu. Kami membawa pulang medal, hamper dan piala pusingan.



No comments:
Post a Comment